Tuesday, February 16, 2010

Memasang signature/tandatangan di bawah post

Mungkin ada di antara kita pernah melihat blog rakan kita yang memaparkan signature ataupun tandatangan di ruangan bawah setiap posting. Jika anda berasa tertarik untuk meletakkan signature seperti itu, mylivesignature.com mungkin dapat membantu. Mylivesignature.com adalah satu site yang menyediakan perkidmatan membina signature secara percuma dan mudah. Tanpa perlu kita membuat pendaftaran.

Untuk mencubanya, sila klik di sini dan kemudian, ikut beberapa langkah yang di tunjukkan di bawah:-

Langkah 1
Masukkan nickname yang akan di ubah kepada bentuk signature. seterusnya klik pada Next Step.

Langkah 2
Pilih jenis font yang bersesuaian. Setelah berpuas hati dengan jenis font yang di pilih, klik pada Next Step.

Langkah 3
Pilih saiz font yang bersesuaian. Setelah berpuas hati dengan saiz font yang di pilih, klik pada Next Step.

Langkah 4
Pilih warna signature dan juga warna background yang besesuaian dengan template blog anda. Sebaik-baiknya, warna background signature mestilah sama dengan warna background pada post. Setelah berpuas hati dengan warna font dan warna background yang di pilih, klik pada Next Step.

Langkah 5
Pilih paparan yang di rasakan sesuai pada bahagian Slope. Setelah berpuas hati dengan Slope yang di pilih, klik pada Next Step.

Langkah 6
Akhir sekali,dengan menggunakan mouse, klik kiri pada paparan signature yang telah siap itu. Seterusnya, salin URL bagi signature tersebut.

Contoh URL: http://www.mylivesignature.com/signatures/54488/74/541908D44D27E9E4659AA9FF42941015.png

Langkah 7
Paste URL signature (rujuk langkah 6) pada teks masukkan URL signature di sini pada kod berwarna biru di bawah.


Contoh:


Langkah 8
Log in Blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. seterusnya tick pada Expand Widget Templates.

Langkah 9
Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F dan paste atau taip kod pada ruang Find. Seterusnya tekan kekunci Enter.

Langkah 10
Paste kod signature yang telah siap di edit (rujuk langkah 7) dan paste kod tersebut di bawah atau selepas kod Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error terpapar, klik saja Save ..

No comments:

Post a Comment